
KUALA LUMPUR โ Pelumba muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan membuktikan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada petak ke-17 untuk menamatkan saingan di podium tempat ketiga Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Jerez, Sepanyol, sebentar tadi.
Biarpun pada awalnya dilihat sukar untuk bersaing dengan kelompok hadapan, tindakan bijak Qabil memecut laju seawal di grid pelepasan menyaksikan beliau berjaya memintas seorang demi seorang pelumba dihadapannya.
Aksi tidak pernah putus asa membolehkan pelumba kelahiran Terengganu ituย menempatkan dirinya dalam kelompok hadapan sebelum menamatkan saingan di podium ketiga selepas pertarungan sengit di selekoh terakhir.
โPada perlumbaan tadi saya terus cuba mara ke depan dan pusingan pertama saya berjayaย berada di kedudukan keenam dan cuba untuk mendahului, tapi tak sempat bina jurang. Jadi, saya kekalkan kedudukan saya.

โPada pusingan terakhir saya berada di tempat keempat dan cuba memotong pelumba di hadapan saya di selekoh terakhir dan berjaya melakukannya. Kalau tengok photo finish, memang sangat rapat,โ kata Qabil sejurus tamat perlumbaan.
Qabil yang telah mengesahkan gelaran juara keseluruhan kategori ESBK Talent ituย akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga dan berazam untuk tampil lebih agresif terutama mencipta kemenangan.
โEsok saya akan bermula di petak ketiga dan saya akan lakukan sehabis baik untuk cuba menang,โ ujarnya. -KOSMO! ONLINE