Peperiksaan bukan musuh pendidikan, UPSR wajar dikembalikan

PETALING JAYA โ€“ Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan alasan kononnya peperiksaan menjadikan pelajar seperti โ€˜burung kakak tuaโ€™ sebagai tidak munasabah dan dangkal.

Menurutnya, jika benar peperiksaan melahirkan generasi yang hanya tahu menghafal tanpa memahami, maka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga sepatutnya dimansuhkan.

โ€œPeperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebenarnya berperanan penting untuk mengukur tahap penguasaan ilmu pelajar dan sewajarnya dikembalikan,โ€ katanya.

Asyraf berkata, peperiksaan memainkan pelbagai peranan dalam membentuk jati diri dan masa depan pelajar, bukan sekadar untuk menilai akademik semata-mata.

Katanya, peperiksaan penting kerana ia membantu menilai tahap penguasaan ilmu, membentuk disiplin dan tanggungjawab, menjadi asas saringan ke sekolah berprestij, meningkatkan daya saing sihat serta mendidik nilai sabar dan usaha berterusan.

โ€œApabila wujud peperiksaan, pelajar akan lebih berdisiplin, teratur dan tahu merancang masa. Semua ini membina karakter yang kuat serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran kehidupan sebenar,โ€ ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa peperiksaan bukanlah punca pelajar menjadi pasif atau hanya tahu menghafal, sebaliknya pendekatan pengajaran dan bimbingan guru memainkan peranan besar dalam membentuk kefahaman sebenar.

โ€œPeperiksaan bukan musuh kepada pendidikan, sebaliknya ia sebahagian daripada proses mendidik dan membina ketahanan mental pelajar,โ€ katanya.- KOSMO! ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?