Maritim rampas heroin dalam bot nelayan

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C selepas salah seorang daripada tiga kru tersebut disyaki memiliki dadah jenis heroin dalam satu operasi semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, penahanan dilakukan sekitar pukul 1 pagi di kedudukan kira-kira 5 batu nautika selatan Pulau Kendi.

โ€œBot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan operasi mengesan sebuah vesel nelayan di lokasi berkenaan sebelum pemeriksaan dijalankan,โ€ katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan tiga kru termasuk tekong di mana kesemuanya adalah warga tempatan berusia antara 28 hingga 50 tahun.

โ€œPemeriksaan lanjut terhadap salah seorang kru berusia 50 tahun menemui bahan disyaki dadah jenis heroin.

โ€œSuspek bersama dua lagi kru serta vesel berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut,โ€ katanya kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?