M K Land lepaskan 44,000 ekor benih ikan lampan di Tasik Bukit Merah

PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) melalui cabang pelanconganย lestarinya, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), meneruskan komitmennya terhadapย pemeliharaan alam sekitar dengan melaksanakan program pelepasan 44,000 ekor benihย anak ikan Lampam Sungai di Tasik Bukit Merah baru-baru ini.

Inisiatif yang dilaksanakan bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan M K Land dalam melestarikan alamย  sekitar, memulihara sumber dan biodiversiti perikanan darat, melalui aktiviti pengkayaan sumber serta habitat di kawasan tasik.

Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, M. Danesh berkata, program pelepasan benih anak ikan Lampam Sungai ini bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab sosial korporat syarikat terhadap alam sekitar, tetapi juga simbol kepada hubungan harmoni antaraย manusia dan alam.ย 

Menurut beliau, Tasik Bukit Merah adalah khazanah bersejarah yang perlu dijagaย bersama agar terus memberi manfaat kepada komuniti setempat dan generasi masaย depan.

โ€œBukit Merah Laketown Resort menawarkan keindahan alam semulajadi yang memukau, dengan flora dan fauna yang unik serta berlatarbelakangkan Tasik Bukit Merah. Tasik ini adalah tasik buatan manusia tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1906.ย 

โ€œKeindahan ini adalah warisan yang perlu dipelihara dan kami di Bukit Merah Laketownย Resort komited untuk terus memulihara kelestarian alam Bukit Merah agar terus kekalย indah dan terpelihara untuk generasi akan datang,โ€ katanya dalam kenyataan.

Selain memelihara keseimbangan ekosistem semulajadi, program ini juga diharap dapatย meningkatkan sumber bagi menjamin keterjaminan makanan serta menjadi pemangkinย kepada aktiviti rekreasi dan ekopelancongan di Tasik Bukit Merah. -KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?