Polis Merokok Dalam Kereta Peronda Dikenakan Hukuman Tekan Tubi
Seorang pegawai polis di Medan, Sumatera Utara dilaporkan telah dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap memandu kenderaan kerajaan sambil merokok, lapor portal IDN Times.
Hukuman itu dikenakan selepas rakaman video tular di platform Instagram oleh akaun @dashcamindonesia memaparkan dia sedang menghisap rokok sambil memandu ketika menjalankan tugas.
Ketua Perhubungan Awam Polis Medan, Inspektor Halason berkata, pegawai terbabit dikenal pasti sebagai Briged Surya.
“Salah seorang pegawai kami didapati melanggar etika bekerja. Dia mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Kami memberikan hukuman disiplin iaitu tekan tubi,” kata Halason seperti yang dilaporkan oleh IDN Times.
Selain dihukum, Surya turut membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahannya.
BACA: Hadiah Sudah Diberi, Kemudian Tidak Dihalalkan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
BACA: Individu Terkejut Lihat Tikus Besar Panjat Kotak Telur Di Restoran
BACA: Lelaki Kaya, Ada 5 Ijazah Sarjana Nekad Jadi Gelandangan Demi Bahagia
Sumber: IDN Times
The post Polis Merokok Dalam Kereta Peronda Dikenakan Hukuman Tekan Tubi appeared first on Siakap Keli.