9 maut gempa bumi Afghanistan

KABUL โ€“ Gempa bumi kuat mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang di utara Afghanistan, kata pihak berkuasa hari ini, beberapa bulan selepas satu lagi gempa dahsyat menggegarkan negara itu.

Gempa bermagnitudย  6.3 itu berlaku semalam pada kedalaman 28 kilometer denganย  pusat gempa terletak dekat bandar Mazar-i-Sharif dalam wilayah Balkh, demikian menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

โ€œEmpat orang terkorban di Balkh,โ€ kata jurucakap jabatan kesihatan, Kamal Khan Zadran.

Menurutnya, hospital wilayah itu merawat 120 mangsa yang cedera.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA),ย  Mohammadullah Hamad berkata,ย  lima orang meninggal dunia dan 143 lagiย  cedera di wilayah Samangan yang berjiran dengan Balkh.

“Kebanyakan manga cedera pulang ke rumah selepas menerima rawatan,” katanya.

Gempa semalam mendorong penduduk Mazar-i-Sharif iaitu bandarย  terbesar di utara Afghanistan, berlari keluar kerana bimbang rumah mereka akan runtuh.

Wartawan AFP di ibu negara Afghanistan, Kabul yang terletak sekitar 420 kilometer ke selatan berkata bahawaย  mereka juga merasakan gegarannya.

Ia adalah bencana alam terbaru bagi kerajaan Taliban, yang menghadapi tiga gempa bumi kuat sejak mengambil alih Afghanistan pada 2021.

Pada Ogos lalu, gempa cetek bermagnitud 6.0 di timur Afghanistan memusnahkan banyak perkampungan di lereng gunung dan mengorbankan lebih 2,200 orang. โ€“ AFPย 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?