Wartawan, Deegun Rahman Meninggal Dunia
Wartawan hiburan, Mohd Ifqdar Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Deegun Rahman meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat mengalami serangan jantung.
Menurut adik kepada Allahyarham, Nur Ifqsyafawati di Facebook, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 malam.
BACA: Wartawan Veteren Fauziah Rauf Meninggal Dunia
BACA JUGA: Wartawan Hiburan Popular Huzz Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus
“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Pilah.
Sumber: Nur Ifqsyafawati
The post Wartawan, Deegun Rahman Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.