Saya kena ‘check’ Menteri Pelancongan demam ke apa – Anwar

PETALING JAYA – “Saya kena check (periksa) Menteri Pelancongan (Seni dan Budaya) demam ke apa, saya tak tahu.”

Demikian seloroh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan terakhir Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai keberadaan Datuk Seri Tiong King Sing yang dilihat tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), Anwar menjawab soalan mengenai isu persediaan kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026, antaranya dari segi promosi antarabangsa serta pembabitan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ahli pembangkang itu beranggapan bahawa King Sing perlu hadir menemani Anwar pada sesi PMQT pagi tadi.

“Mana Menteri Pelancongan (Seni dan budaya). Patut dia teman Yang Amat Berhormat (YAB Anwar) jawab soalan hari ini.

“Tak macam Tok Mat (Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan) datang (ke Dewan Rakyat) sokong YAB (Anwar),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?