Lelaki ditemui rentung bilik terbakar

 

LANGKAWI – Seorang lelaki dikenali sebagai Che Ros Mustapha, 53, ditemukan rentung selepas bilik sebuah rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di sini terbakar hari ini.

Ketua Zon 4 (Langkawi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 6.59 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik rumah kelas A dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pukul 7.31 malam tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?