Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC

kapal misi gsf

Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC

SEPANG, 1 Okt (Bernama) — Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF), yang membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa untuk membantu penduduk Gaza berjaya memasuki Zon Merah R3, menandakan jarak mereka ke persisiran pantai Gaza adalah kira-kira 100 batu nautika.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kapal pertama Seulle masuk ke zon merah kira-kira pukul 9.20 malam (waktu Malaysia).

Beliau berkata jika tiada apa-apa halangan, misi GSF akan memasuki Zon Merah R2 esok (2 Okt) pukul 4.08 pagi (waktu Malaysia) atau 11.08 malam waktu Gaza.

BACA JUGA: Kapal Misi GSF Ke Gaza Dijangka Masuk Zon Merah 9 Malam Ini – Fahmi

“Kami di SNCC, akan terus memantau rapat perkembangan kapal-kapal ini, 24 jam kami berhubung dengan mereka dan kami juga akan cuba sedaya upaya memberi sokongan moral kepada pihak di atas kapal.

“Walau bagaimanapun, mereka ini dalam fasa-fasa latihan, fasa-fasa membuat persediaan dan kami tak benarkan mereka untuk banyak berkomunikasi dengan dunia luar kerana mungkin itu akan memberi sedikit sebanyak gangguan.

“Jadi, kami doakan ini adalah fasa-fasa yang insya-Allah berakhir dengan kemenangan. Apa juga ujian, kami mohon rakyat Malaysia terus berdoa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata jika tiada halangan seperti arah angin dan kelajuan kapal, misi GSF dijangka tiba di persisiran pantai Gaza esok (2 Okt) pukul 6.32 petang (waktu Malaysia) atau 1.32 petang waktu Gaza.

Sumber: BERNAMA

The post Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?