Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai Enam Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga jam 10 malam ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perak sahaja.
Di Kedah, kawasan yang terjejas dengan amaran tersebut adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Lanjutan daripada itu, amaran yang sama dikeluarkan di negeri Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu.
METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Seterusnya di Johor, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.
METMalaysia turut memaklumkan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
BACA: Hadiah Sudah Diberi, Kemudian Tidak Dihalalkan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
BACA: Servis Kereta Tak Sama, Ini Perbezaan “Major Service” & “Minor Service” Yang Ramai Salah Faham
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai Enam Negeri Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.