
BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bentong menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya merekodkan lebih 33,000 transaksi dengan kutipan hasil melebihi RM5.3 juta, sehingga Ogos tahun ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 47,488 transaksi telah direkodkan dengan kutipan hasil RM7.97 juta pada tahun 2023, dan jumlah itu meningkat kepada 52,670 transaksi dengan kutipan RM8.55 juta pada tahun tahun.
“Peningkatan angka ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan operasi JPJ Bentong, tetapi juga menunjukkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap keutuhan sistem perkhidmatan yang disediakan. Peningkatan prestasi ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk memperkukuh sistem pengurusan hasil negara, memastikan tadbir urus, kewangan awam dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab,”katanya pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu JPJ Cadangan Bentong, di sini hari ini.
Kerja-kerja pembinaan cawangan JPJ Bentong telah bermula pada 20 Mac 2023 dan diserahkan kepada JPJ pada 6 Ogos tahun ini sebelum beroperasi sepenuhnya pada 8 September lalu.-KOSMO! ONLINE