Qatar Gesa Pembebasan Segera Tahanan Global Sumud Flotilla

Qatar Global Sumud Flotilla

Qatar Gesa Pembebasan Segera Tahanan Global Sumud Flotilla

Qatar dalam kenyataan rasmi mengecam tindakan tentera Israel yang dilaporkan menahan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam perjalanan menghantar bantuan ke semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan tersebut, Kementerian Luar Qatar turut menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu ancaman terhadap keselamatan maritim serta kebebasan pelayaran antarabangsa.

Selain itu, Kementerian juga menuntut agar pihak terbabit dipertanggungjawabkan, serta menyeru masyarakat antarabangsa melaksanakan tanggungjawab moral dan undang-undang dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran berterusan tentera Israel terhadap undang-undang antarabangsa.

“Kementerian sekali lagi menekankan kepentingan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke semua kawasan di semenanjung Gaza dilaksanakan secara selamat, tanpa halangan dan berterusan,” menurut kenyataan itu.

https://x.com/MofaQatar_EN/status/1973712565223223573

Sebelum ini, Bernama melaporkan Kapal Mikeno yang terpisah daripada flotila bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sampai ke perairan wilayah Gaza pada pagi Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut penjejak rasmi flotila, kapal itu memasuki perairan wilayah Gaza; namun isyarat penjejakan hilang apabila kapal itu berada kira-kira 9.3 batu nautika dari Gaza.

Tiada maklumat jelas mengenai sama ada kapal itu diserang dan ditunda, berjaya mengelak pasukan Israel, atau berlaku ralat pada sistem penjejak.

Pasukan tentera laut Israel menyerang flotila bantuan antarabangsa yang menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung dan menahan 223 aktivis di dalamnya, menurut penganjur pada Khamis.

BACA: Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman, Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan

Sumber: Ministry of Foreign Affairs – Qatar via X

The post Qatar Gesa Pembebasan Segera Tahanan Global Sumud Flotilla appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?