Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri & 2 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri & 2 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan dua Wilayah hingga jam 2 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Kedah melibatkan daerah Langkawi dan Bandar Baharu.

Manakala hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Pulau Pinang yang melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Selatan.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak.

6 negeri & 2 Wilayah antara yang terlibat dalam ramalan

Bagi Selangor, kawasan yang terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Seterusnya di Sabah, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Seram, Pempengaruh Terkejut Dengar Suara Misteri Di Siaran Radio Popular

BACA: Bermula Di Nepal, Gelombang Protes Gen Z Kini Merebak Ke Seluruh Dunia
BACA: Sumud Flotilla: Pendekatan Diplomasi, Bukan Ketenteraan Lebih Wajar Digunakan – Khaled Nordin
BACA: Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman, Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook

The post Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri & 2 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?