Zizi Kirana Antara Lapan Rakyat Malaysia Ditahan Israel

zizi kirana rakyat malaysia ditahan israel

Zizi Kirana Antara Lapan Rakyat Malaysia Ditahan Israel

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menaiki lima kapal dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas dipintas Israel di perairan Gaza, malam tadi waktu Gaza.

Setakat 6 pagi waktu Malaysia, lapan individu termasuk penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil yang menaiki kapal Huga disahkan ditahan Israel.

Turut ditahan ialah Musa Nuwayri, Iylia alqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma, manakala di kapal Sirius pula ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli.

Status lima lagi rakyat Malaysia iaitu PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang menaiki kapal Estrella, serta Ardell Aryana yang berada di kapal Mikeno, masih belum diketahui.

Sementara itu, sistem pengesan SNCC melaporkan sembilan kapal berada pada status “diserang” manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat “kecemasan”.

Aktivis kemanusiaan di atas kapal terbabit turut berkongsi rakaman secara langsung yang memaparkan suasana tegang apabila Israel mengepung serta cuba melumpuhkan konvoi bantuan berkenaan yang dalam perjalanan menghampiri pantai Gaza.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima namun delegasi GSF menegaskan mereka kekal komited meneruskan misi walaupun berdepan tindakan agresif Israel.

Sementara itu, Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata sukarelawan Malaysia sempat memaklumkan keadaan mereka dan bersedia mencampakkan telefon ke laut sekiranya kapal dipintas Israel di Zon Merah R2.

“Malah, sebelum itu mereka semua bersemangat dan penuh keyakinan,” katanya.

Beliau berkata selain melumpuhkan sistem komunikasi menggunakan radar jammer, konvoi GSF turut dihalang dengan serangan semburan air daripada kapal Israel yang menyasarkan kapal kecil bagi menghalang mereka daripada memasuki Zon Merah R2.

Sumber: Bernama

BACA JUGA: Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC

BACA JUGA: Kapal Misi GSF Ke Gaza Dijangka Masuk Zon Merah 9 Malam Ini – Fahmi

The post Zizi Kirana Antara Lapan Rakyat Malaysia Ditahan Israel appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?