Kerajaan Akan Buat Terbaik Bebaskan Warga Malaysia Ditahan Israel – Anwar

kerajaan bebaskan warga malaysia

Kerajaan Akan Buat Terbaik Bebaskan Warga Malaysia Ditahan Israel – Anwar

Kerajaan Malaysia menegaskan komitmen penuh untuk melakukan yang terbaik bagi membebaskan warganegara Malaysia yang ditahan selepas konvoi Global Sumud Flotilla dipercayai dipintas Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tegas itu sebaik menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi berkenaan.

“Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera.

“Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza,” ujar beliau.

Menurut beliau, tindakan Israel menyekat misi ini bukan sahaja menafikan hak asasi rakyat Palestin. Malah, ia memperlihatkan penghinaan terhadap nurani masyarakat dunia.

“Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel,” tambah beliau.

Konvoi flotila berkenaan, jelasnya, bukan sekadar membawa bantuan, tetapi menjadi simbol solidariti, perpaduan dan kasih sayang umat manusia.

Ia turut melambangkan sinar harapan untuk meringankan penderitaan rakyat Gaza yang hidup di bawah sekatan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat.

“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.

“Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan,” tegas beliau.

BACA: Kapal Misi GSF Ke Gaza Dijangka Masuk Zon Merah 9 Malam Ini – Fahmi

BACA: Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC

BACA: Zizi Kirana Antara Lapan Rakyat Malaysia Ditahan Israel

Sumber: Anwar Ibrahim

The post Kerajaan Akan Buat Terbaik Bebaskan Warga Malaysia Ditahan Israel – Anwar appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?