Presiden Colombia Usir Semua Diplomat Israel

presiden colombia usir diplomat israel

Presiden Colombia Usir Semua Diplomat Israel

BOGOTO — Presiden Colombia, Gustavo Petro semalam mengusir semua diplomat Israel yang masih berada di negara itu, lapor AFP

Keputusan itu dibuat selepas tindakan Israel memintas flotila bantuan menuju Gaza serta laporan penahanan dua aktivis Colombia.

Petro berkata, kedua mereka yang terdiri daripada dua wanita ditahan oleh pasukan Israel di perairan antarabangsa.

Difahamkan, Manuela Bedoya dan Luna Barreto adalah sebahagian yang menyertai misi Global Sumud Flotilla.

Sementara itu, Kementerian Luar Israel mengesahkan terdapat beberapa kapal dalam flotila telah berjaya dihentikan dan para penumpang dibawa ke pelabuhan Israel.

Menurut sumber konsulat Israel di Bogota, Petro telah memutuskan hubungan dengan Israel tahun lalu namun empat diplomatnya masih kekal ditempatkan di negara itu.

Dalam hantaran di platform X Presiden Colombia itu, beliau mengumumkan pengusiran seluruh delegasi diplomatik Israel.

Sejak tahun 2020, Petro telah menamatkan perjanjian perdagangan bebas antara dua negara berkenaan.

Beliau antara pengkritik paling lantang terhadap Israel yang melabelkan negara itu sebagai pembunuh beramai-ramai selain mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) sebagai sekutu terhadap tindakan itu.

Minggu lalu, Petro menghadiri satu protes pro-Palestin di New York, di mana beliau menyeru tentera AS agar patuh dengan Trump.

BACA: Zizi Kirana Antara Lapan Rakyat Malaysia Ditahan Israel

Dalam pada itu,  seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menaiki lima kapal dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas dipintas Israel di perairan Gaza, malam tadi waktu Gaza.

Setakat 6 pagi waktu Malaysia, lapan individu termasuk penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil yang menaiki kapal Huga disahkan ditahan tentera Israel.

Turut ditahan ialah Musa Nuwayri, Iylia alqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma, manakala di kapal Sirius pula ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli.

Status lima lagi rakyat Malaysia iaitu PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang menaiki kapal Estrella, serta Ardell Aryana yang berada di kapal Mikeno, masih belum diketahui.

Sumber: AFP via Barrons

BACA JUGA: Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC

BACA JUGA: Kapal Misi GSF Ke Gaza Dijangka Masuk Zon Merah 9 Malam Ini – Fahmi

The post Presiden Colombia Usir Semua Diplomat Israel appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?