Zainal Rashid Dipercayai Ditahan Israel, Sempat Tinggal Pesanan Buat Rakyat Malaysia

Zainal Rashid Ditahan Israel

Zainal Rashid Dipercayai Ditahan Israel, Sempat Tinggal Pesanan Buat Rakyat Malaysia

Kapal Fairlady yang membawa Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dalam misi Global Sumud Flotilla dipercayai juga dikepung dan kini ditahan oleh pihak Israel.

Video yang dikongsikan menerusi platform ZRA Strim mengesahkan penahanan tersebut. Rakaman itu dipercayai dibuat sebelum beliau disahkan ditahan sekitar jam 4 pagi waktu Gaza (9 pagi waktu Malaysia).

Video berkenaan dipercayai turut dijadualkan untuk dimuat naik oleh admin di Kuala Lumpur sekiranya beliau dan pasukannya ditahan.

“Kalau video ini dimuat naik oleh admin di Kuala Lumpur, bererti disahkan kami telah pun ditahan oleh pihak musuh dalam perjalanan untuk menembusi zon merah dan sampai ke pantai Gaza,” ujar beliau dalam video itu.

Pesanan ZRA dalam video terakhir

Dalam rakaman itu, ZRA dilihat sempat meninggalkan pesanan khas buat rakyat Malaysia.

@zrastrim

Video Haji Zainal ini dirakam sebelum beliau disahkan ditahan sekitar jam 4 pagi waktu Gaza (9 pagi waktu Malaysia). Berikut pesanan ringkas ZRA kepada rakan-rakan ZRASTRIM semua.

♬ original sound – ZRA STRIM – ZRA STRIM

Menurut beliau, misi ini merupakan percubaan ke-37 Freedom Flotilla, namun kali ini dikenali sebagai Global Sumud Flotilla.

Beliau menegaskan rasa bangga kerana usaha tersebut mendapat sokongan masyarakat antarabangsa serta rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan misi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, misi Break the Siege adalah usaha menentang penjajahan Israel dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke Gaza.

“Dengan tindakan pragmatis 53 kapal Global Sumud Flotilla merentas zon larangan Israel sampai ke Gaza. Bererti kami cuba memberi semangat kepada semua usaha di daratan untuk membolehkan pintu Rafah Crossing Border dibuka semula. Pintu Karim Abu Salem dibuka semula. Pintu King Hussein dibuka semula di Jordan bagi membolehkan semua bantuan kemanusiaan daripada jalan darat di Mesir dan juga Jordan dapat sampai ke Gaza,” ujar beliau.

Beliau menutup pesanan dengan menyifatkan usaha ini sebagai sebahagian kecil daripada perjuangan besar untuk Palestin.

“Dan ini rakaman yang barangkali yang terakhir dapat saya rakam secara sempurna untuk rakan-rakan di Malaysia dan terima kasih pada semua yang berdoa. Dan lebih penting usaha kami adalah untuk Gaza, usaha tuan-tuan juga adalah untuk Gaza dan semua usaha 500 pelayar di atas 53 kapal ini adalah untuk kepentingan Gaza,” kata beliau.

Bagaimanapun, tinjauan di laman TikTok rasmi Sumud Nusantara Official setakat ini mendapati, belum disahkan sama ada ZRA sudah ditahan Israel.

BACA: Kerajaan Akan Buat Terbaik Bebaskan Warga Malaysia Ditahan Israel – Anwar

Sumber: ZRA Strim

The post Zainal Rashid Dipercayai Ditahan Israel, Sempat Tinggal Pesanan Buat Rakyat Malaysia appeared first on Siakap Keli.

Read original article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?