FAM Masih Tunggu Keputusan Penghakiman Penuh FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu keputusan penghakiman penuh oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Haji Rahman dalam satu kenyataan berkata tiada sebarang perkembangan ketika ini berhubung isu keputusan penggantungan oleh FIFA.
“FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA. Proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman tersebut diterima.
“Sehubungan itu, pihak FAM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkembangan lanjut sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya,” katanya.
BACA: FAM Didenda FIFA, 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu
BACA JUGA: FAM Kini Menunggu Keputusan Penghakiman FIFA Sebelum Kemuka Rayuan
Terdahulu, FIFA mengambil tindakan terhadap FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.
FIFA dalam satu kenyataan berkata FAM telah mengemukakan dokumen yang dipalsukan kelayakan pemain kepada FIFA untuk membolehkan pemain-pemain tersebut diturunkan dalam perlawanan rasmi.
Tujuh pemain terlibat adalah Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Sumber: Football Association of Malaysia
The post FAM Masih Tunggu Keputusan Penghakiman Penuh FIFA appeared first on Siakap Keli.