Individu Terkejut Lihat Tikus Besar Panjat Kotak Telur Di Restoran
Seorang individu meluahkan rasa terkejut apabila melihat seekor tikus bersaiz besar memanjat bekas telur segar yang disusun di sebuah kedai makanan di Stesen MRT Joo Koon, Singapura.
Menurut portal Stomp, individu tersebut sempat merakam kemunculan tikus itu dalam dua kejadian berasingan pada 22 dan 26 September lalu.
Dalam rakaman kedua, individu itu kembali semula dan menunjukkan seekor lagi tikus di lokasi yang sama, kira-kira jam 6.08 petang (waktu tempatan),
“Saya benar-benar terkejut, tikus-tikus itu sangat besar
“Saya memang tidak pernah membeli makanan dari tempat ini, namun ia membimbangkan melihat haiwan itu berkeliaran sedangkan bekas makanan dibiarkan terdedah. Saya tertanya-tanya adakah ia selamat,” katanya seperti yang dilapor portal Stomp.
Bagaimanapun, individu itu kemudian melaporkan perkara itu kepada Agensi Makanan Singapura (SFA).
Sebagai respons kepada pertanyaan Stomp, jurucakap SFA mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama walaupun SFA melaksanakan dan menguatkuasakan langkah-langkah peraturan, pengendali makanan mesti memainkan peranan mereka dengan mematuhi amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang baik
“Pengendali makanan juga perlu memastikan premis mereka bersih dan diselenggara dengan baik,” ujar jurucakap SFA.
BACA: Lelaki Kaya, Ada 5 Ijazah Sarjana Nekad Jadi Gelandangan Demi Bahagia
BACA: Hadiah Sudah Diberi, Kemudian Tidak Dihalalkan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Stomp
The post Individu Terkejut Lihat Tikus Besar Panjat Kotak Telur Di Restoran appeared first on Siakap Keli.