
![]()
JAKARTA – Seorang lelaki di Jakarta Selatan mengundang perhatian orang ramai selepas dirakam bergayut pada kabel elektrik demi mendapatkan wang untuk pulang ke kampung, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Jalan Gatot Subroto, Desa Karet Kuningan pada Sabtu lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @wargajakarta.id menunjukkan lelaki itu bertenggek di atas wayar sebelum terjun ke pokok di bawahnya.
Ketua Polis Daerah Setiabudi, AKBP Ardiansyah berkata, perbuatan itu dilakukan untuk menarik perhatian orang ramai demi mendapatkan wang agar dia dapat pulang kampung halamannya di Purwakarta.
“Saya tidak tahu apa motifnya tetapi dia hanya mahu pulang ke kampung dengan cuba menarik perhatian.
“Anggota polis Setiabudi yang tiba di tempat kejadian telah memberikan wang kepada lelaki itu untuk menaiki bas,” kata Ardiansyah hari ini. – AGENSI