Mayat wanita reput bawah timbunan pelepah sawit

BENTONG – Mayat seorang wanita yang sudah reput ditemukan di bawah longgokan pelepah daun kelapa sawit di Batu 19 Jalan Karak-Kuala Pilah dekat Telemong di sini kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan pada pukul 5 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian pihak polis mengesahkan bahawa satu mayat perempuan yang mana identiti mangsa masih belum dapat dikenalpasti. Beberapa barang dipercayai milik mangsa yang ditenui ialah sehelai seluar sukan berwarna hijau, seutas jam tangan jenama ‘Casio’, sepasang selipar warna hitam dan memakai baju sejuk warna hitam mempunyai ‘hoodie’,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?