
![]()
LONDON – Sebuah tempat letak kenderaan bawah tanah di Britain diiklankan untuk dijual pada harga £150,000 (RM827,424) atau lebih mahal berikutan caj tambahan, lapor portal berita Manchester Evening News.
Lot parkir itu terletak di kompleks kediaman berhadapan Sungai Thames di Fulham, barat daya London.
Tempat letak kenderaan itu berkeluasan 10.31 meter persegi dan dilengkapi pengawasan keselamatan 24 jam serta pengecas kereta elektrik (EV).
Meskipun harga petak parkir itu didedahkan, pemilik perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak £542 (RM2,990) setiap tahun.
Pemilik juga diwajibkan membayar sewa tanah sebanyak £20 (RM110) setahun, yang boleh dijelaskan secara ansuran dua kali bayar.
Tempat letak kereta itu dijual oleh ejen hartanah, Purplebricks. – AGENSI